meta http-equiv="Content-Type" content="text/html; charset=UTF-8" />
Send via SMS

Wednesday, February 15, 2006

TAHNIAH TOK PA!!!

ROMBAKAN kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin amatlah membuatkan diriku berasa lega sekali dengan perlantikan Datuk Mustapa Mohamed ataupun Tok Pa sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang baru. Perlantikan Tok Pa menggantikan Datuk Seri Dr. Shafie Mohd Salleh adalah amat kena pada tempat dan masanya kini dalam kita memacu era 9MP.

Ini kerana pengalaman dan keupayaan di MAPEN dan beberapa kementerian sebelum ini dilihat dapat membantu Tok Pa meningkatkan mutu pendidikan di institusi pengajian tinggi di negara ini. Pemilihan beliau tepat dan kena pada tempatnya kerana beliau memang popular dikalangan kakitangan akademik dan mahasiswa.Kesungguhan dan kepimpinan serta pengalaman beliau dalam sektor ekonomi dilihat mampu merealisasikan hasrat kerajaan terutama dalam RMK-9.

Pengalaman beliau dalam bidang ekonomi mungkin antara faktor pemilihan beliau sebagai Menteri Pengajian dalam kabinet baru yang diumumkan semalam. Secara peribadi, kehadiran Tok Pa amatlah dialu-alukan kerana minat beliau yang mendalam terhadap kecemerlangan akademik mampu menjadikan bidang pendidikan tinggi sebagai penyumbang ekonomi Negara. Di samping mempunyai dan membina hubungan baik dengan pelajar, diharapakan Tok Pa juga akan memberi perhatian mengenai masalah siswazah menganggur di negara ini.

p/s : teringat kenangan an evening with Tok Pa 2004!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home