MESEJ MAWI UNTUK MAWIFC!!

MESEJ MAWI UNTUK MAWIFC
Assalamualaikum Semua MawiFC, Syukur Alhamdulillah - rezeki dari Allah malam tadi saya dihadiahkan 3 Anugerah yang tidak pernah saya impikan sebelum ini.
Rasa belum puas lagi saya nak mengucapkan terima kasih saya kepada anda semua. Saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang telah banyak mengundi saya untuk merangkul anugerah-anugerah di dalam ABPBH semalam. Hanya Allah yang akan membalas jasa-jasa anda semua.
Saya amat terharu dengan sokongan anda dan berkat iringan doa anda semua dan sokongan yang tidak berbelah bagi menjadi pembakar semangat saya untuk terus memajukan diri di dalam karier seni saya dari masa ke semasa. Terima kasih kerana menghargai dan mengiktiraf bakat saya yang dikurniakan oleh Allah.
Saya juga akan cuba menjalankan lebih banyak aktiviti amal untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Harap anda semua akan menyokong terus segala aktiviti saya. Terima kasih sekali lagi.
MawiFC memang WORLD !
Salam
Mawi










0 Comments:
Post a Comment
<< Home