meta http-equiv="Content-Type" content="text/html; charset=UTF-8" />
Send via SMS

Thursday, July 27, 2006

MAWI @ PELANCARAN ALBUM

assalamualaikum sahabat

tanggal 26/07/06 satu lagi sejarah telah tercipta di dalam kalendar seni seorang insan bernama Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi apabila album qasidah beliau telah dilancarkan secara rasmi oleh Yg. Berbahagia Tan Sri Yusof Noor di Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay Kuala Lumpur pada jam 3.00 petang tadi. Mawi yang segak berbaju melayu begitu teruja dan bersyukur akan penyempurnaan majlis tersebut.

majlis pelancaran album tersebut khusus untuk jemputan khas sahaja termasuk wartawan media massa tanah air. semoga pelancaran album qasidah Mawi ini akan terus mengukuhkan nama Mawi di persada seni tanah air sekaligus memecah pasaran negara jiran, Indonesia kelak. sahabat, sama-samalah kita berdoa agar perjalanan karier seni Mawi akan terus bertahan dan berdaya maju dengan adanya sokongan padu daripada peminat dan sahabat Mawi.

sesungguhnya, sokongan kita amat beerti untuk insan seni, Asmawi Ani. sokong Mawi seadanya.










wassalam

world always...Mawi simply da' best

mr fraimee

MawiFC Utara (Penang/Perak/Kedah/Perlis)

Saturday, July 22, 2006

RELEKS RESPONS RESPEKS [PART 1]


Silk Cosmos Flowers


Sandarkan Pada Kenangan
(dari filem
Azura)


Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau
dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta
dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang
kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku

Sayang
menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Mengapa kita
harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi
pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada
perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah
kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan
pada kenangan

KEMENANGAN BERGANDA MAWI DI HITS1

TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU


KHUSYUK SUNGGUH MENULIS DEMI SAHABAT YANG BANYAK BERKORBAN

CORETAN ISTIMEWA MAWI BUAT SAHABAT DIKASIHI

PIALA KEBANGGAAN MAWI & SAHABAT MAWIFC

LAGU TERBAIK HITS1 MUSIM KE-3 2006 : LAGU JIWA LAGU CINTA

LAGU PALING POPULAR HITS1 MUSIM KE-3 2006 : LJLC

TAHNIAH MAWI!! TAHNIAH MAWIFC!!

TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA YANG TIDAK BERBELAH BAGI

ANDALAH PENDORONG SEMANGAT ASMAWI ANI

MAWI WORLD

~WORLD ALWAYS~

Friday, July 21, 2006

JADUAL SENI MAWI JULAI 2006

assalamualaikum sahabat MawiFC

alhamdulillah Mawi telah kembali semula ke arena seni tanah air setelah bercuti selama 3 minggu di atas urusan pemergian allahyarham pak atan, kes putus tunang dan percutian bersama keluarga di Pulau Sibu.

semasa Mawi dalam tempoh bercuti dan berkabung, kejayaan demi kejayaan menyusul apabila kemenangan berganda dicapai oleh raja SMS dalam pertandingan akhir carta lagu popular HITS1. Kejayaan Lagu Jiwa Lagu Cinta menggondol anugerah Lagu Terbaik (pilihan juri) & Lagu Paling Popular (pilihan SMS) membuktikan bahawa populariti Mawi masih utuh dan kukuh di sisi peminat dan sahabat beliau.

dan MawiFC mendokong penuh perjalanan karier Mawi tanpa mencampur adukkan dengan hal peribadi. Kini, Mawi kembali semula dengan jadual seni yang padat sehingga Februari 2007.

jadual seni Mawi di bulan Julai terkini

21/07/06 Mawi @ AC Di Sini Astro Ria 9.30 pm
21/07/06 Mawi @ Carpet Chat @15 10.30 pm
22/07/06 Mawi @ Alamanda Putrajaya 1-2 pm
[Sambutan Ulangtahun Majalah Intrend]
27/07/06 Mawi @ Dewan Perdana Felda KL 8 pm
[Majlis Amal Sumbangsih Sek.Men.Agama (P) Kajang]
28/07/06 Mawi @ Menara KL Charity Walkathon
30/07/06 Mawi @ Majlis Santapan Sultanah Johor
[Hotel Eden Johor Bahru]

aktifkan undian anda!!anugerah era - taip UNDIDG MAWI hantar ke 32555
carta muzik-muzik - terkini 21/07 kian no 1
carta era - terkini 21/07 kian no 6
anugerah carta x-fresh fm

"SHARING IS CARING"

mr. fraimee
MawiFC Utara (Penang/Perak/Kedah/Perlis)